Hello There!

Saturday, February 5, 2011

Jumaat 04/02/2011 Restoran Sayam, Danga Bay & Restoran Singgah Selalu @ Johor Bahru

Malam ne malam terakhir aku kat JB. Esok aku nak balik K.L. So Lan dan Munir dah ada plan. Malam ne diaorang nak bawak aku ke 3 tempat sekali gus.

Persinggahan pertama ke STULANG LAUT, singgah makan di Restoran Sayam. Sebelah kawasan sestoran ni ada The Zon Hotel, tempat barangan bebas cukai. Happening gak lah. 


Kat restoran ni kami nak makan lauk jer nak ratah ketam Cili. So kitaorang order 4 ekor Ketam Nipah ni. Hidup lagi mereka tangkap gi goreng. Memang Fresh.
Ini ialah KETAM MASAK CILI yang sungguh marveles. Ada setengah kedai kalau buat Ketam Cili macam ni mesti tak berapa kick tapi yang ni menepati selera anak tekak aku. Kuah boleh hirup. Sedap..!
Yang aku perasan kat JB ni kalau pi mana-mana restoran pun mesti akan di sua satu bakul yang ada otak-otak kempas ni. Dah nak tunggu makanan sampai lama jugak so bedal lah dulu 10 batang otak-otak ni. Habis pulak tu. Makan ringan-ringan jer.
Lauk sampingan yang kitaorang order KERABU MANGGA. Kerabu mangga ni aku suka sebab ada ikan bilis kat dalam untuk menambahkan elemen kerapuhan. Sedap ratah gak kerabu mangga ni.
Last but not least,UDANG MASAK MENTEGA yang ni kira ok lah jadilah diorang buat. Udang butter Prawn di restoran ni ok cuma terlebih manis sikit pada keraknya. 
Tembikai Laici
Air Teh 3 Layer
Kononnya kami makan lite-lite jer kat sini tak makan nasik nak ratah lauk sebab nak singgah kat kedai lain plak nanti tapi macam ni kira lite-lite ker?. Heheheee. Perhentian seterusnya, kami menuju ke DANGA BAY.

Di area Danga Bay kalau ada yang tak notis bahagian belakang tepi laut ada lagi kedai-kedai nak lepak minum siap ada Liveband. Kalau nak suasana romantik gil a lepak kat belakang ni. Kitorang saja jer datang jalan-jalan ambik angin malam.



Live band ada tapi penonton kurang.


Kami tak melepak pun kat sini just ronda-ronda ambik gambar lebih kurang then terus blah. Menuju ke persinggahan yang last iaitu RESTORAN SINGGAH SELALU.

Kafe 24 jam ni seronok melepak walaupun harganya a bit mahal sikit. But it's ok.

Nak order air minum, aku order lah kopi o gelas besar. Biasa kalau mana-mana kedai aku gi gelas besarnya setakat yang dalam gambar atas ni belah kanan. Kat sini ambik ko. Macam jag terkujat seketika. Haha tapi takper lah sebab memang nak lepak lama so diorang semua pun order gelas besar jugak.
Ada orang teringin makan KENTANG GORENG so order la satu plate..Kitorang order semua serba satu jer, makan kongsi-kongsi bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan di waktu malam (alasan sangat). Tapi makan kongsi macam ni baru best. Pusing-pusing pinggan atas meja.
KERANG BAKAR yang pasti kena order kalau datang sini. Kerang ni lain dari yang lain sikit sebab rempahnya berselerakan kat luar a bit oily tapi different. Biasa kalau kerang bakar kan just bakar kosong ngan serai dan bawang tapi ni siap macam rempah Ikan Bakar. Perah asam limau then siap untuk di makan.slurrpp...
Yang ni faveret aku di Singgah selalu ne NASI GORENG SEAFOOD. Korang tengok sendiri lah gambar macam mana tak kedekut lansung gan seafood kat dalam dan rasanya sedap sebab bubuh ajinomoto banyak kot hahaha tapi aku tetap suka tambah plak makan gan cili potong. Pehhhhhh meleleh air liur aku masa taip ni.

Dekat pukul 12.30 pagi kami beransur tapi sanggup berlewat-lewat sebab ntah bila nak sampai sama-sama macam ni. Dan begitulah habisnya satu malam yang di spend kan di JB minggu ne.I really had a great nite. Tq guys buat aku seronok balik ke JB ne. Korang memang best. Lan kata nanti bila aku balik lagi, kita gi kat kedai makan yang jauh sikit dari JB ne. Orait.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.